RSS

Kata Hubung 连词



Kata Hubung 连词

Kata Hubung 连词
Ayat Contoh 例句
dan, serta 和,以及
Sarina sekeluarga mengunjungi datuk dan nenek di kampung.
atau 或者
Sobri berjaya dalam acara lumba lari atau lompat tinggi?
tetapi 但是
Budak itu gemuk tetapi lemah.
kerana 因为
Dia lewat ke pejabat kerana tayar keretanya pancit.
jika, kalau, jikalau, sekiranya, seandainya 如果
Kita mesti rajin belajar jika hendak berjaya dalam pelajaran.
sambil, seraya
一面……一面
Posmen itu menunggang motosikal sambil bersiu-siul.
lalu 接着
Abang bangun lalu menuju ke dapur.
kecuali, melainkan
除了
Kakak bekerja setiap hari kecuali hari Ahad.
sementara
……的时候
Saya membaca majalah sementara menunggu kedatangan Rosmaria.
supaya, agar 以便
Kami rajin belajar supaya lulus dalam peperiksaan.
apabila, ketika, tatkala, semasa, sewaktu
Tatkala bayi itu dilahirkan, hujan turun dengan lebatnya.
manakala
Ibu menanak nasi di dapur manakala ayah mencuci kereta di halaman rumah.
selain 除了
Selain menanam sayur-sayuran, Pak Mat juga menternak ayam.
hingga, sehingga
一直到
Kami asyik bermain hingga penat.
sebelum 之前
Saya mengetuk pintu sebelum masuk.
selepas, setelah, sesudah 之后
Selepas mandi, saya pun bersarapan.
sungguhpun, walaupun, biarpun, meskipun 虽然
Sungguhpun tidak sihat, Zuren tetap hendak pergi ke sekolah.